Samakah Alahan Susu dan Intoleransi Laktosa Susu?

Hai Ibu,

Pernah alami anak menunjukkan reaksi selepas minum susu? Ramai yang agak keliru perbezaan Alahan Susu dan Intoleransi Laktosa.

Mari lihat perbezaan dua masalah ini dan cara atasinya.

 

Alahan

Intoleransi Laktosa

Punca

Sistem Imunisasi bertindak dengan Protein Susu Lembu

Sistem penghadaman sukar menghadam gula dalam susu (Laktosa)

 

Jarang berlaku kepada bayi. Kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak atau remaja kerana badan mereka mula berhenti menghasilkan enzim Laktase yang digunakan untuk mengurai gula dalam Susu.

 

Jika bayi alami masalah ini, biasanya disebabkan gastroenteritis, terutamanya apabila ia disebabkan oleh jangkitan virus.

Tempoh

Kebiasaan hilang menjelang usia 3 tahun

 

Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan besar akan mengalami alahan lain seperti Asma.

 

Kebiasaannya sementara: 2 – 4 minggu

Reaksi badan

  • Ruam/merah di muka
  • Mata berair, hidung tersumbat
  • Muntah/cirit-birit
  • Anafilaksis: masalah pernafasan. Lebih bahaya tetapi jarang terjadi.
  • Perut bayi kembung
  • Najis cair

Cara atasi

Sebaiknya bayi diberikan Susu Ibu

 

Boleh mencuba susu formula dengan Susu Kambing atau Susu Soya

 

Jika masih sama, bayi mungkin  memerlukan formula yang hipoalergenik, yang bermakna ia tidak mendatangkan reaksi alahan terhadapnya. Ia boleh didapati dalam bentuk susu formula berasaskan asid amino atau yang kuat dihidrolisis.

 

Ibu bapa boleh mendapatkan nasihat Pakar kanak-kanak atau dapatkan di farmasi.

 

Jika bayi minum Susu Ibu, boleh diteruskan

 

Jika minum Susu Formula, boleh diberikan susu formula tanpa Laktosa buat sementara waktu

 

Jika sudah makan makanan pejal, hentikan dahulu makanan berasaskan tenusu

 

 

 

Rujukan:

https://www.babycenter.com.my/a25021066/apakah-perbezaan-di-antara-alahan-susu-dan-intoleransi-susu

https://www.babycenter.com.my/a25021046/makanan-yang-sesuai-untuk-anak-yang-mempunyai-intoleransi-laktosa