Bila Baby Boleh Makan?
Masih ada Mommy yang masih keliru masa yang paling sesuai untuk Baby mula makan.
Nurse kata 6 bulan.. tapi ada juga Doktor kata 4 bulan!
Lebih payah, kalau ada orang kampung kata.. "Boleh je makan.. belum 4 bulan pun tak pa!"
 
Kacau..
 
Hati-hati.. kerana ini melibatkan kesediaan badan Baby untuk terima makanan dan untuk elakkan kesan buruk kepada kesihatan dan pembesaran Baby
Jadi bila?
 
Ok Jom semak 7 Tanda mudah ini
 

 

1. Baby sudah berumur 4 - 6 bulan

Yang terbaik adalah 6 bulan.
Nutrisi terbaik untuk tubuh Baby adalah dari Susu, terutamanya Susu Ibu. Jika boleh 6 bulan hanya ekslusif Susu Ibu atau Susu untuk 6 bulan ke bawah sahaja

Tetapi ada masa, Baby telah tunjukkan tanda-tanda untuk Makan.. dan Mommy jadi keliru. Ingat ini dulu. Sebelum 4 bulan memang tidak sesuai!

Bayi seharusnya tidak diganggu untuk mendapatkan Nutrisi Susu yang cukup. Memberi makanan lain akan menyebabkan pemberian Susu berkurang dan menyebab Nutrisi yang penting utk Baby berkurang
Selain itu Penghadaman bayi juga tidak bersedia.

Sekiranya sudah 4 bulan ke atas, sila semak tanda-tanda seterusnya

 

2. Boleh duduk sendiri

Untuk Baby sedia menerima makanan, Baby sepatutnya telah boleh didudukkan di kerusi yang tinggi
dan Baby boleh menegakkan kepala dan lehernya

 

3. Teriur nak makan

Haa perasan tak.. kalau Mommy dan Daddynya makan.. Baby menunjukkan reaksi yang sangat terliur nak makan sama!

 

4. Baby tidak luahkan semula makanan

Baby kecil biasanya akan menolak terus makanan yang disuap di mulut. Jika refleks ini semakin berkurang apabila telah 4 bulan ke atas, maksudnya Baby mula sedia untuk terima makanan

 

5. Pastikan berat baby sudah 2 kali ganda dari berat ketika lahir

 

6. Baby telah ada oral skill untuk menggerakkan makanan ke belakang mulut untuk ditelan

 

Pastikan bayi sudah sekurang-kurangnya 4 bulan ya untuk semua petanda di atas. Yakinlah yang Susu adalah yang terbaik dan mencukupi untuk Baby sebelum tiba masa Baby makan smileyheart

 

Sumber: https://kidshealth.org/en/parents/solid-foods.html