5 MITOS SUSU FORMULA

Terlalu banyak informasi dan kepercayaan hari ini membuatkan pelbagai pertikaian mengenai Susu anak-anak, terutamanya Susu Formula.

Seperti mana yang disarankan oleh agama dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Susu Ibu adalah Susu terbaik untuk anak selama 2 tahun.

Kenapa selama 2 Tahun?

Kajian menunjukkan otak seorang bayi akan membesar 3 KALI GANDA dalam 2 TAHUN PERTAMA hidupnya. SIze ini adalah hampir 85% daripada saiz otak seorang dewasa.

Oleh itu sangat penting untuk memastikan nutrisi yang diperoleh oleh anak mencukupi.

Apakah pula cabaran yang sering dihadapi Ibu-ibu hari ini?

  • Ibu yang berkerjaya kebiasaannya tidak dapat meneruskan penyusuan dengan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun
  • Ibu mengandung semula menyebabkan anak sedia ada putus susu
  • Ibu yang mengalami masalah membekalkan Susu badan atau kurang sihat untuk melaksanakannya
  • Anak yang kurang nutrisi kerana memilih atau kurang selera mak

Maka Ibu-ibu ini perlu mencari alternatif. Malangnya, Susu alternatif iaitu Susu Formula sering menjadi kecaman. 

Sebenarnya Susu Formual tidaklah seburuk yang disangka. Di bawah adalah 5 MITOS YANG SERING DILONTARKAN KEPADA SUSU FORMULA

 

1.  Bayi menjadi Gemuk

Berat badan yang obes di kalangan bayi berpunca dari banyak faktor. Faktor yang paling ketara adalah pola pemakanan yang tidak sihat dan juga aktiviti anak yang tidak aktif. Pemberian Susu Formula juga seharusnya mengikut sukatan yang disarankan mengikut umur dan tidak mengganggu jadual pemakanan anak-anak.

 

2. Bayi lebih mudah sakit

Ramai yang percaya Susu Ibu memberi antibody yang lebih kuat kepada bayi. Tetapi adakah Susu Formula menyebabkan anak lebih kerap sakit? Tetapi ramai juga anak yang menyusu ibu masih mempunyai antibody yang lemah.

Oleh itu, tahap antibodi anak juga mempunyai banyak faktor yang mempengaruhinya. Malah untuk membantu anak-anak lebih sihat, Susu Formula kini sudah lengkap dengan ejen penguat antibody semulajadi seperti Prebiotik dan Probiotik. Sebagai contoh, Susu Nouqman lengkap dengan kedua-duanya dan anak-anak memang ketara lebih kuat dari serangan penyakit setelah mengamalkan Susu Nouqman 1-3 kali sehari.

 

3. Kurang pintar

Kepintaran anak-anak juga mempunyai banyak factor yang mempengaruhinya. Faktor yang paling utama adalah ransangan, pendedahan fikiran oleh keluarga, aktiviti bersama, sumber rujukan, pemakanan malah pola turut turut mempengaruhinya.

Susu Formula kini kebanyakannya juga mengandungi elemen semulajadi yang membantu perkembangan minda seperti Omega-3, DHA, Vitamin, dan lain-lain. Susu Nouqman tidak ketinggalan untuk menyediakan semua ini.

 

4. Kurang ikatan (bonding) dengan ibu

Bayi yang menyusu ibu dikatakan mempunyai “bonding” yang lebih bersama Ibu kerana mereka sentiasa berada dekat dalam pangkuan ibu.

Tetapi tidak adil juga untuk Ibu yang menggunakan Susu Formula kerana mereka tetap memberikan momen indah semasa memberikan susu kepada bayi dengan pelukan, senyuman dan dodoian.

Maka yang penting adalah semakin banyak detik indah dimanfaat antara Ibu dan Anak, maka lebih kuat ikatan batin antara Ibu dan Anak.

 

5. Sembelit

Masalah sembelit banyak berpunca dari diet yang tidak seimbang yang berpunca dari kekurangan serat. Ibu bapa boleh mencari Susu Formula yang mengandungi serat atau Prebiotic untuk mengatasi masalah ini. Untuk Susu Nouqman, penggunaan Prebiotik Inulin digunakan kerana bukan sahaja baik untuk penghadamanan, malah meningkatkatkan antibodi dan menambah selera makan anak-anak.

 

Konklusinya, Susu Ibu adalah Susu terbaik untuk bayi. Namun selepas susu ibu, Susu Formula bukanlah musuh, malah ia membantu pembesaran anak-anak dengan nutrisi yang lebih tepat dan seimbang.